Lawatan Lembaga Parol Ke Rumah Perantaraan Negeri Pahang pada 29 Februari 2012

Lembaga Parol telah membuat lawatan ke Rumah Perantaraan Negeri Pahang Pada 29 Februari 2012. Berikut adalah gambar sekitar lawatan tersebut.

 

By parolpahang

Folder di dalam Pendrive anda menjadi shortcut?

Hampir semua orang yang mempunyai pendrive, memory card atau external hard-disk mengalami masalah ini. Ya, masalah apabila kesemua folder yang ada di dalam pendrive, memory card atau external hard-disk mereka bertukar menjadi shortcut. Hampir semua juga mengambil langkah mem”format” sahaja pendrive, memory card atau external hard-disk mereka. Habis semua data penting dalam tu hilang. Hehehehe.. setelah meng”google”kan diri, admin ingin berkongsi cara mudah menyelesaikan masalan “virus shortcut” ini. Tak perlu guna antivirus, cuma perlu guna command yang akan dikongsi kat sini. Ok? Bersedia?

1) Klik pada “Start” >Run> kemuadia taip cmd di dalam kotak tersebut. (Windows XP Kebawah) atau,

Klik button Start (logo windows) kemudian taip sahaja “cmd” di dalam kotak “start search”. (Windows Vista dan Windows 7)

2) Setelah satu tetingkap ‘command prompt” muncul, cuma taip attrib -h -r -s /s /d k:\*.*

Gantikan huruf k dengan huruf yang menunjukan pendrive anda.

3) Tekan “ENTER”

Itu sahaja. Selepas selesai, semak kandungan pendrive anda. Folder yang menjadi shortcut telah menjadi seperti sediakala. Bolehlah anda delete sahaja folder shorcut tersebut.

Selamat mencuba.

By parolpahang

Sambutan Hari Penjara 2011 Peringkat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang

Majlis Sambutan Hari Penjara 2011 Peringkat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang telah diadakan pada 14 November 2011. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Yang Setia PP Tey Hock Soon. Kakitangan yang layak telah dianugerahkan pingat Jabatan dan Sijil Penghargaan. Pada sebelah petangnya pula diadakan perlawanan Boling Piala Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang. Piala pusingan kali ini dimenangi oleh Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Jerantut.

This slideshow requires JavaScript.

Pembantu Kewangan Bertukar Tempat Bertugas.

Berkuatkuasa¬† 1 Februari 2011, Pembantu Kewangan Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang , Puan Suzilawati Binti Ramli telah bertukar ” suka sama suka” ke Pejabat RELA Negeri Pahang. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Penjara selama lebih kurang 7 tahun. Tempatnya telah diambil alih oleh Pembantu Tadbir Kewangan dari Pejabat RELA Negeri Pahang, Puan Rohani Binti Hamzah. Semoga Puan Suzilawati terus sukses di tempat kerja yang baru. Harapan kami agar Puan tidak lupa kepada kami di seluruh Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang. Kepada Puan Rohani, Selamat datang kami ucapkan, semoga ikatan baru yang dijalinkan akan memantapkan lagi pengurusan kewangan disini…

By parolpahang

Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang

Selamat datang ke Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang.

Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang terletak di No. A17 Tingkat Bawah & Satu, Jalan Seri Kuantan 2, Sri Kuantan Square, di dalam daerah Kuantan, Negeri Pahang. Kedudukannya adalam lingkungan Pusat Bandar Kuantan dan 56km dari Bandar DiRaja Pekan.

Pejabat Parol & Komuniti Negeri Pahang mula beroperasi sepenuhnya pada 27 Julai 2008. Sehingga kini terdapat 4 buah Pejabat Parol & Komuniti Daerah dibawah pengurusan Pejabat Parol & Komuniti Negeri Pahang iaitu di Bandar Kuantan, Daerah Pekan, Daerah Jerantut dan Daerah Temerloh.

Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang kini ditadbir oleh Pengarah Parol & Perkhidmatan Komuniti berpangkat Penguasa Penjara Gred KX44 serta mempunyai kekuatan pelbagai pangkat seramai 44 orang yang bertugas di Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang dan 4 buah Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah.

By parolpahang